alhamdulillah...
Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
aku masih diberi peluang olehNya untuk bernafas diatas bumi ini, tika ini ku terfikirkan nikmat yang telah Allah kurniakan yang selama ini aku sedari aku jarang untuk bersyukur kepadaNya.. ya Allah,,subha nallah.. bertapa angkuhnya aku ya Allah kepada Mu yang telah mengurniakan ke segala kebaikan kepadaku walaupon tanpa aku minta Kau berikan yang terbaik untukku. Kau kurniakan nikmat-Mu tetapi aku angkuh pada-Mu, malah aku semakin berani untuk mendekati larangan Mu ya Allah.. seketika aku sedar bahawa aku bersalah kepada Mu ya Allah aku ingin kembali ke jalanMu ya Allah, namun aku tidak berusaha untuk mengubah diriku dan akhirnya aku kembali menjadi aku yang dulu. aku yang bergelumang dengan dosa dalam mana kau sedari aku melakukan dosa dan kesalahan.. aku bukanlah seorang solehah tapi aku mempunyai keinginan untuk menjadi seorang solehah, aku bukanlah seorang yang mempunyai ilmu banyak tetapi aku mempunyai keinginan untuk menyebarkan ilmuMu ya Allah, aku bukanlah muslim yang berpegang teguh pada agamaMu ya Allah kerana aku sering kali melakukan perkara yang mendatangkan murkaMu ya Allah tetapi aku mempunyai keinginan untuk menjadi seorang muslim yang melakukan kebaikan dan menyeru kearah kebaikan, aku bukanlah hambaMu yang bertakwa ya Allah tetapi aku ingin ke syurgaMu ya Allah di mana di syurga-Mu hanya untuk orang-orang yang bertakwa kepadaMU ya Allah.
kini ku sedari ya Allah, bahawa pintu kemaafan Mu lebih besar dari pintu kemurkaan Mu ya Allah, jika engkau menginginkan nyawaku ditarik disaat aku sedang leka dengan dunia di saat aku ketahui aku melakukan dosa kerana melangar larangan-Mu di saat aku sedang membawa diriku kearah kejahanaman maka aku yakin dan pasti neraka tempatku. namun engkau memberi peluang untuk ku bernafas sehingga saat ini ketika ini detik ini untuk aku bertaubat dan kembali ke jalanMu, ya Allah peganglah hatiku ya Allah.. peganglah hati-hati setiap muslim dengan nur-Mu dengan redhaMu agar aku agar kami tidak lalai dalam mengingatiMU ya Allah.. agar kami tidak lupa bahawasanya setiap yang hidup akan mati setiap perbuatan tingkahlaku niat tetap dicatit walaupon kami cuba sembunyikan atau kami cuba larikan dari manusia sekeliling namun ENGKAU MAHA MENGETAHUI AKAN SETIAP SEGALA SESUATU malah walaupon perkara tersebut hanya terdetik dihati sahaja.. ya Allah yang Maha Penerima Taubat, terimalah taubatku terimalah taubat setiap muslim , terima kasih ya Allah kerana Engkau telah mengurniakan segala nikmat kepadaku kepada kami walaupon disaat kami alpa untuk mengingatiMu. ya Allah bimbinglah aku untuk istiqamah untuk mendalami ilmuMu dalam mendalami agamaMu dalam mendalami kalamullahMu ya Allah dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan laranganMu..
ya Allah terima kasih di atas nikmat hidayah-Mu diatas nur-Mu ya Allah.. bimbinglah aku peganglah hatiku agar aku istiqamah untuk menuju jalan-jalanMu ya Allah
letakkanlah harapan hanya kepada Allah sesungguhnya Allah tidak pernah mengecewakan hambaNya,
beruzlahlah kerana itu mendekatkan kita dengan Allah kerana itu membuat kita akan mensyukuri nikmat Allah,
berkhalwatlah dengan Allah sesungguhnya Allah sayang akan hamba-hambaNya
JAUHNYA AKU DARI-MU
ALLAH
No comments:
Post a Comment